Nadi X Esukan: Jejak Digital & Risiko Media Sosial
16 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2026 bersamaan Ahad, Kelas LMS Jejak Digital & Risiko Media Sosial telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang jenis-jenis jejak digital yang ditinggalkan di media sosial, risiko yang boleh menjejaskan pemain e-sukan serta cara mengurus media sosial dengan bijak untuk menjadikannya satu peluang yang positif.
Aktiviti Utama:
1. Jenis jejak digital
2. Post yang memakan diri
3. Risiko media sosial kepada pemain
4. Kes sebenar dalam dunia e-sukan
5. Cara mengurus media sosial
6. Media sosial sebagai peluang
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami kesan jejak digital, mengenal pasti risiko media sosial dan mempraktikkan pengurusan media sosial yang lebih positif dan strategik dalam dunia e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: